Tudung Sekolah

Sukar cari tudung sekolah yang x perlu pakai butang atau jahit di dagu untuk si comel puan?


Adakah Puan Mempunyai Masalah Ini Semasa Membeli Tudung Sekolah?

  • Tudung sekolah anak kena pakai butang atau perlu jahit di dagu
  • Tudung sekolah anak puan pakai tidak selesa?
  • Tudung sekolah anak puan tidak menyerap peluh?
  • Saiz tudung sekolah anak puan jarang & senang koyak?
  • Berkedut & sukar digosok tudung sekolah anak puan?
  • Tudung sekolah anak cepat kelihatan kotor dan amat sukar untuk dibasuh?

Tahukah puan, apakah yang menjadikan sesuatu tudung itu selesa untuk si comel anda? Ibu-ibu yang sayangkan anak mereka dan serius pasti akan mengambil berat tentang perkara seperti ini. Keselesaan tudung sekolah anak akan mempengaruhi banyak faktor-faktor. 


Diantaranya ialah tudung sekolah yang selesa bukan sahaja membantu mendidik anak ibu-bu bertudung, malah menggalakkan mereka untuk rajin ke sekolah. Bukan semua tudung sekolah yang terdapat dipasaran negara kita ini mampu memberi keselesaan sepenuhnya kepada anak-anak ibu semua. Malah ada tudung sekolah yang sukar dicuci dan mudah rosak bila dipakai.


5 Fakta Tudung Sekolah Yang Selesa Untuk
Si Comel
Kesayangan Ibu-ibu


1. Sejuk & Menyerap Peluh

Perkara pertama sekali yang perlu diberi keutamaan adalah keselesaan anak puan. Anak-anak puan yang bersekolah rendah biasanya sangat aktif dengan kebanyakan aktiviti berteraskan pendidikan jasmani pastinya membuatkan mereka berpeluh besar. Dan kebiasanya aktiviti ini berlangsung pada sebelah pagi. Ini akan menyebabkan sesi pembelajaran seterusnya sangat tidak selesa untuk si comel jika tudung sekolahnya gagal menyerap peluh.


Ditambah lagi jika cuaca panas melampau pada masa kini yang selalu dihadapi oleh negara kita. Pasti anak-anak puan akan banyak menghilangkan tumpuan dan suasana kondusif semasa sesi pembelajaran selepas waktu pendidikan jasmani. Oleh itu penting bagi ibu-ibu yang prihatin untuk mengutamakan tudung sekolah yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan baik.


2. Mudah Di Pakai & Tidak Mudah Keronyok

Pernah tak perkara ini berlaku kepada ibu-ibu semua. Waktu pagi adalah waktu paling kritikal dalam sesebuah keluarga. Dalam waktu yang singkat inilah, ibu-ibu perlu menyiapkan segala perkara sebelum bertolak ke tempat kerja, termasuklah kelengkapan sekolah anak-anak termasuklah baju, kain, tudung, kasut dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, tudung sekolah yang mudah dipakai akan banyak membantu ibu-ibu semua. Anak ibu-ibu juga pasti suka bila tudung sekolah mereka mudah dipakai kerana tidak perlu berhempas-pulas memastikan tudungnya sempurna.


Ditambah pula, dengan fungsi awning tudung yang tidak mudah keronyok adalah kemestian bagi tudung sekolah yang selesa bagi anak-anak. Si comel ibu pasti kelihatan cantik dipandang, malah pemakainya berasa selesa. Malah tudung sekolah yang lembut akan membuatkan anak ibu tidak serik bertudung jika ini adalah percubaan pertama kali untuk dia bertudung.


3. Saiz Yang Tepat & Tidak Jarang

Kebanyakan tudung dipasaran tidak menepati saiz sebenar bahu anak-anak kita. Saiznya yang tidak tepat pasti membuatkan anak-anak ibu semua tidak selesa. Tambahan pula, jika tudung sekolah tersebut terlalu besar akan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai aktiviti terutamanya akativiti jasmani, malah membuatkan mereka rimas. Tudung sekolah yang terlalu kecil pula pasti mendatangkan ketidakselesaan dan kelihatan janggal. Selain itu, ketebalan tudung sekolah juga hendaklah bersesuaian agar anak-anak ibu selesa dan pada masa yang sama dapat melatih diri agar menjaga aurat.


4. Sukar Berkedut & Senang Digosok

Antara ciri-ciri tudung sekolah yang baik untuk anak-anak comel ibu adalah sukar untuk berkedut. Seperti yang ibu-ibu semua faham karenah si comel selalunya tidak boleh diduga. Kadang-kadang, sewaktu perjalanan ke sekolah pun mereka masih boleh tertidur. Belum lagi masuk bab mereka menggulung atau sekadar menyumbat sahaja tudung sekolah dalam beg sekolah bila hari Ko-kurikulum pada waktu petang. Pasti tudung sekolah mereka akan kedut seribu. Jadi apakah penyelesaikan kepada ibu-ibu semua?


Material tudung sekolah memainkan peranan penting dalam hal ini. Lycra merupakan salah satu material yang paling sesuai dalam memenuhi kehendak dan ciri-ciri yang diperlukan oleh tudung sekolah si comel ibu. Selain sukar berkedut, ia juga senang digosok dan boleh dilakukan sendiri oleh anak-anak dengan pemerhatian ibu. Secara tidak langsung ia akan banyak menjimatkan masa ibu semua.


5. Mudah Dibasuh Serta Sukar Rosak

Tudung sekolah yang benar-benar bagus diperbuat daripada fabrik yang mudah dicuci. Seperti yang ibu-ibu maklum, ada sesetengah material tudung sangat sensitif dan tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Ini adalah satu masalah dan tidak bagus, apatah lagi tudung sekolah sangat mudah untuk kotor dengan aktiviti seharian anak-anak terutamanya jika hari persekolah tersebut ada pendidikan jasmani. Hand-wash adalah perkara yang memakan masa, dan sukar bagi ibu-ibu yang bekerja.

Oleh itu pilihan terbaik untuk tudung sekolah adalah memilih tudung yang dijahit dengan fabrik mudah dibasuh serta sukar rosak. Contohnya material Lycra Korea. Selain itu, tudung yang mempunyai awning yang lembut akan memudahkan ia dicuci dengan mudah dan sempurna, walaupun dengan mesin basuh.



Tapi kini, kami ada penyelesaian kepada masalah puan. Puan boleh miliki tudung sekolah yang terbaik untuk anak ibu-ibu semua dengan harga yang mampu milik dan berpatutan hanya di TudungBudakSekolah.com

TudungBudakSekolah.com adalah sebuah syarikat yang membuat jenama tudung sekolah yang diusahakan oleh syarikat bumiputra. Kami sudah menapak di dalam pasaran Malaysia selama setahun.


Kini, kami berhasrat ingin membantu lebih ramai lagi ibu-ibu diluar sana untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi untuk mendapatkan tudung sekolah yang terbaik untuk anak kesayangan mereka. Kami faham sangat si comel anda perlukan tudung yang selesa, tak panas, tak perlu digosok dan mesra mesin basuh? Ya kami menawarkan pilihan tudung soft awning dan juga hard awning untuk ibu-ibu semua.



8 Sebab - Kenapa Puan Perlu Memiliki Tudung Sekolah Bersama Kami Di TudungBudakSekolah.com


1. Lebih 10 Jenis Warna Untuk Pilihan Ibu

Ibu-ibu semua boleh memilih 10 jenis warna tudung sekolah yang kilang kami hasilkan untuk anda ibu-ibu semua. Antara jenis-jenisnya ialah putih, berwarna hitam, hijau tua, hijau muda, pink, ungu, tudung pengakap dan juga tudung untuk pengawas. Semuanya ada bukan? Ibu-Ibu boleh pilih mana warna kesukaan untuk si comel anda !

2. Pelbagai Jenis Saiz Untuk Pilihan Ibu

Ibu-ibu tidak perlu risau tentang saiz tudung sekolah si comel anda, macam mana ukuran tudung sekolah untuk anda beli.. Anda boleh memilih mana-mana saiz bermula dari saiz SS, S dan M yang telah melalui standard ukuran tudung sekolah terkini. Inn syaa Allah, dalam masa terdekat pihak kami akan memasarkan saiz L juga.

Ibu-ibu hanya perlu pilih saiz dan warna sahaja untuk anda miliki. Dibawah adalah cadangan ukuran saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan si comel ibu. Sekiranya si comel ibu bersaiz badan kecil, inn syaa allah cadangan saiz ukuran sesuai untuk anak ibu semua. 


3. Kain Tudung Sekolah Jenis Lycra Korea Pilihan Utama Ibu

Tudung Lycra keluaran tudungbudaksekolah.com adalah merupakan pilihan utama bagi pelajar yang masih diuruskan oleh ibu mereka. Bagi ibu yang sibuk biasanya akan memilih tudung yang senang diurus dan cantik dipakai oleh anak-anak. Tudung sekolah soft awning lycra boleh dibasuh menggunakan mesin, tidak perlu digosok dan cantik terletak bila dipakai oleh anak-anak. Kami hanya menghasilkan tudung berkualiti Korea dan ini bagi menjamin kepuasan hati anak-anak ibu semua.



4. Jimat Kos & Berbaloi

Harga yang kami tawarkan sangat-sangat berbaloi beserta dengan kualiti yang akan ibu-ibu perolehi. Bayangkan jika 1 helai tudung sekolah jenis lycra korea ibu-ibu boleh perolehi RM6 sehelai, berbaloi tak. Jadi buat apa ibu-ibu berbelanja lebih di tempat lain sedangkan ibu-ibu boleh berjimat dengan memiliki tudung sekolah dari kami.

Ada yang berkata "kalau murah mesti kualitinya pun murah"? 

Sebenarnya tidak sama sekali. Kami faham sangat si comel anda perlukan tudung yang selesa, tak panas, tak perlu digosok dan mesra mesin basuh? Ya, oleh sebab itu kami menawarkan pilihan tudung soft awning untuk ibu-ibu semua dengan harga yang berpatutan. Amat penting bagi ibu-ibu yang prihatin untuk mengutamakan tudung sekolah yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan baik.







5. Harga Retail Yang Berbaloi

Harga yang kami tawarkan untuk sehelai tudung sekolah ialah RM16.00 (1 pc), RM15.00 (3 pcs) & RM14.00 (5 pcs). Amat murah bukan. Ia sangat-sangat berbaloi beserta dengan kualiti yang akan ibu-ibu perolehi. Ibu-ibu tidak akan dapat harga seperti ini di tempat lain dengan kualiti yang sempurna. Ditambah lagi dengan kewajipan bertudung, kami hanya mengeluarkan design tudung sekolah yang menutupi dada sahaja.

Amat digalakkan belian borong bagi guru-guru persatuan contohnya kerana stok amatlah TERHAD ditambah pula dengan musim cuti sekolah yang bakal tiba.


6. Jaminan 6 Bulan

Setiap tudung asli yang diperolehi dari TudungBudakSekolah.com adalah di bawah jaminan 6 bulan dari tarikh penerimaan. Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar / dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan tanpa soal. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungBudakSekolah.com.



7. Mudah Dibasuh 

Tudung sekolah soft awning lycra boleh dibasuh menggunakan mesin. Seperti yang ibu-ibu semua faham karenah si comel selalunya tidak boleh diduga. Kadang-kadang, sewaktu perjalanan ke sekolah pun mereka masih boleh tertidur. Belum lagi masuk bab mereka menggulung atau sekadar menyumbat sahaja tudung sekolah dalam beg sekolah bila hari Ko-kurikulum pada waktu petang. Pasti tudung sekolah mereka akan kedut seribu. Tetapi dengan tudung sekolah keluaran TudungBudakSekolah.com masalah ini dapat diatasi.


Material tudung sekolah memainkan peranan penting dalam hal ini. Lycra merupakan salah satu material yang paling sesuai dalam memenuhi kehendak dan ciri-ciri yang diperlukan oleh tudung sekolah si comel ibu. Selain sukar berkedut, ia juga senang dibasuh dan boleh dilakukan sendiri oleh anak-anak dengan pemerhatian ibu. Secara tidak langsung ia akan banyak menjimatkan masa ibu semua




8. Dibuka 24 Jam Sehari

Ibu-ibu tidak perlu tunggu siang hari sehingga kedai dibuka baru boleh memiliki tudung sekolah. Kedai online kami dibuka 24 jam dan ibu-ibu semua boleh membeli tudung sekolah secara online pada bila-bila masa. Tidak perlu berfikir untuk berpakaian kemas dan bersolek hanya untuk membeli tudung sekolah. Sambil ibu-ibu pakai baju tidur juga boleh membeli tudung sekolah untuk si somel anda. 


Jika membeli dikedai, ibu-ibu terpaksa beratur panjang sehingga giliran tiba untuk membayar terutamanya semasa musim cuti sekolah tetapi tidak dengan menempah tudung sekolah dengan kami. Yang paling bestnya,ibu-ibu dapat membeli hanya dalam beberapa minit sahaja. Ini dapat menjimatkan masa. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.




Apa lagi yang anda mahu fikirkan? Hubungi kami dengan menekan butang tempahan di bawah ini. 



018 2741 558

atau Emel 'tudungbudaksekolah@gmail.com'


Klik Banner dibawah untuk membuat tempahan




Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini